♥PROFILE

Wingzyoyo
Tee hee...i like to drink milo ais and pizza...meanwhile..i like to eat green tea sweets.. erm..7-11 got sell also..haha

♥公告栏




♥FRIENDS

Hua Quen
Yap Yap
Su Synn
Kit Mun
Sonya
Jasmine
Wen Hui
Alina Keow
Esther

♥TALKS




♥MEMORIES


•April 2010

•May 2010

•June 2010

•July 2010


♥MUSIC

Music: ♬


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com




♥CREDITS

Designer : SIMIN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
♥Picture upload :PHOTOBUCKET
♥Coding :MINMIN
♥Image: 1

Powered by Blogger


Friday, July 16, 2010



KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Raja Gula Tan Sri Robert Kuok Hock Nien 郭鹤年 kekal sebagai orang paling kaya di Malaysia jauh meninggalkan pesaing terdekatnya T. Ananda Krishnan, demikian menurut senarai 40 orang terkaya Malaysia majalah Malaysian Business.

Majalah itu dalam keluaran 16 Februari, meletakkan kekayaan Kuok sebanyak RM58.11 bilion, yang menyumbang hampir 36 peratus daripada jumlah kekayaan 40 orang terkaya.

Taikun yang berpangkalan di Hong Kong itu menambah sejumlah RM25.7 bilion kekayaannya tahun lepas, berikutan harga ekuiti tinggi bagi saham tersenarainya.

Bagaimanapun, ia berkata kekayaan Ananda Krishnan mencatatkan penurunan sedikit kepada RM19.63 bilion.

Sementara itu Tan Sri Lee Shin Cheng daripada IOI Corporation Bhd, buat pertama kalinya memahat namanya dalam tiga kedudukan teratas orang terkaya Malaysia dengan menggandakan kekayaannya kepada RM14.94 bilion.

Tokoh lain yang berada dalam senarai 10 terbaik ialah Tan Sri Quek Leng Chan daripada Hong Leong Group (RM11.098 bilion), Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary daripada Albukhary Foundation (RM8.550 bilion), Tan Sri Teh Hong Piow daripada Public Bank (RM8.060 bilion), Tan Sri Lim Kok Thay daripada Genting (RM3.168 bilion) dan Tan Sri Tiong Hiew King daripada Rimbunan Hijau Group (RM3.87 billon).

Majalah itu berkata dua taikun berjaya memasuki senarai 10 terbaik - Tan Sri Vincent Tan daripada Berjaya Group (RM3.409 bilion) dan Tan Sri Azman Hashim daripada Amcorp Group (RM2.87 bilion).

"Mereka menolak keluar ketua YTL Corp Tan Sri Yeoh Tiong Lay yang jatuh ke tangga ke-13 (RM1.747 bilion)," kata majalah itu.

Di kalangan muka baru yang menyertai senarai itu ialah Ong Beng Seng yang berpangkalan di Singapura dengan kekayaan berjumlah RM1.74 bilion, berada di tangga ke 14.

Nama lain ialah Datuk Tony Tiah Thee Kian daripada TA Enterprise Bhd, Datuk Seri Lau Cho Kun daripada Gek Poh Holdings, Datuk Lin Yun Ling daripada Gamuda Bhd, Datuk Seri Liew Kee Sin daripada SP Setia Bhd dan Kwan Ngen Chung daripada Kwantas Corporation Bhd.

Senarai penuh 40 taikun dan butir-butir terperinci kekayaan mereka disiarkan dalam keluaran 16 Feb majalah tersebut. Kekayaan mereka dinilai berasaskan kepada nilai pegangan mereka dalam syarikat tersenarai pada 18 Jan, 2008," kata majalah itu.

-- BERNAMA

Smile always | 8:47 PM